Perjalanan Ini Terasa Panjang Namun Lurus Terbentang

Sejak dari asrama sekolah lagi aku hidup berpindah randah..tak pernah settle di satu tempat. Aku mudah bosan dan tak boleh menghadap benda yang sama lebih dari setahun,paling lama pun dua tahun..

First year di sekolah menengah aku ditempatkan di bilik dedikasi, 2nd and 3rd year aku tak ingat..mungkin bilik blok sebelah..tapi yg pasti ahli bilik tak pernah sama. Form 4 aku dok dengan budak senior sebab daftar asrama lambat..bilik Asa.

Tu cerita sekolah menengah. Time kat Universiti mula2 dok mahallah Farouq sampai 2nd year..3rd year jumpa Boni dan Zack..mahallah Sideq..4th year Sideq jugak tapi boleh dikatakan ahli bilik tak pernah sama. Mungkin masa 4th year aku nak tumpu kat study aku lari jauh dari kengkawan..maklumlah masa 2nd and 3rd year aku main banyak. macam arab badwi ada gak la sebab nak lari dari kengkawan punya pasal sebab nak tumpu study. Biaqlah depa nak kata apa.