7 Kesilapan Urus Wang


  1. Antara kesilapan yang sering berlaku di kalangan pekerja makan gaji adalah simpanan tidak mencukupi walaupun sudah lama bekerja sehingga kadangkala ada yang terfikir ke mana sebenarnya gaji mereka dibelanjakan.
  2. Kesilapan utama yang sering dilakukan ialah menjadikan kesibukan sebagai alasan untuk tidak sempat merancang perbelanjaan dan membiarkan keadaan menjadi penentu.
  3. Pelaburan gagal berkembang dalam tempoh lama dan tidak berkeupayaan memilih pelaburan yang sesuai dengan diri.
  4. Sering terikut-ikut dengan rakan atau iklan sehingga sanggup berbelanja melebihi kemampuan lalu menyebabkan baki wang yang tinggal pada hujung bulan terlalu sedikit selepas ditolak pelbagai hutang menyebabkan kesempitan wang sebelum tiba gaji bulan berikutnya.
  5. Menggunakan kad kredit walaupun belum tentu ada wang untuk membayarnya.
  6. Ramai orang hanya mementingkan tabungan untuk persaraan apabila usia sudah melewati 45 tahun padahal umur sebegitu tidak sempat untuk mengumpul simpanan yang mencukupi. Setiap kali kenaikan gaji sepatutnya simpanan juga bertambah bukannya menambah perbelanjaan untuk pengubahsuaian rumah, kereta atau menjadi ahli kelab tertentu untuk bersaing dengan orang lain.
  7. Membeli insuran sering dianggap pembaziran namun ia sebenarnya sangat penting terutama ketika seseorang itu kehilangan pekerjaan atau keupayaan.

Petikan SIDC